Sunday, 19 March 2017

KEK HARI LAHIR UNTUK SUAMI ATAU YANG DEWASA

KEK HARI LAHIR UNTUK SUAMI ATAU YANG DEWASA


Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya merupakan sejenis pencuci mulut yang dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya merupakan roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.

Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan.

Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi merupakan proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

Terdapat pelbagai jenis kek yang boleh dibuat untuk dijadikan kek hari jadi suami masing-masing. Berikut, terdapat beberapa resepi kek yang boleh cuba dipraktikkan untuk santapan si suami.

Chocolate Moist Cake
Bahan-bahan A:
·       300gm tepung gandum
·       100gm serbuk koko
·       1 sudu teh serbuk penaik
·       1 sudu teh soda bikarbonat
·       Satukan semua bahan, ayak dan ketepikan

Bahan-bahan B:
·       3 biji telur saiz A
·       400gm gula kastor
·       1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan C:
·       250ml susu cair
·       250ml minyak jagung
* untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut, tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis

Bahan-bahan D:
·       250ml air panas

Cara penyediaan:
·       Satukan semua bahan B.
·       Pukul sehingga menjadi putih.
·       Masukkan minyak dan susu cair, jika mahu lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
·       Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi, sedikit demi sedikit, kaup balik adunan dengan menggunakan spatula.
·       Tambahkan air panas dan gaul rata.
·       Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inci yang telah digris dan dilapik dasarnya dengan menggunakan kertas minyak.
·       Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170’C.
·       Bakar selama 1 hingga 1 ½ jam bergantung kepada kepanasan ketuhar.
·       Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Apabila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakawe sempurna. Jika tidak, tambahkan lagi masa membakar.

Kek Hazelnut
Bahan-bahan:
·       4 biji telur
·       100gm gula halis
·       ½ sudu teh esen vanilla
·       15gm ovalette
·       35ml air
·       95gm tepung
·       1 sudu teh serbuk penaik
·       60gm mentega dicairkan
·       50gm Hazelnut dibakar dan dikisar

Cara penyediaan :
·       Sediakan loyang 8 inci, lapik dasar loyang dan sapukan mentega.
·       Panaskan ketuhar pada suhu 170’C
·       Satukan tepung dan serbuk penaik. Kemudian ayak.
·       Panggang sebentar Hazelnut pada suhu 160’C selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kisar.
·       Cairkan mentega.
·       Satukan telur, gula, esen vanilla, ovalete, air dan campuran tepung. Putar sehingga kembang, putih dan ringan.
·       Masukkan mentega cair dan kaup balik adunan rata.
·       Masukkan hazelnut dan kaup balik perlahan.
·       Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170’C selama 30 minit.
·       Terbalikkan loyang atas redai setelah kek masak.

Moist Chocolate Cake With Malterser
Bahan-bahan:
·       1 ½ cawan gula kastor
·       1 ¾ cawan tepung gandum
·       ¾ cawan serbuk koko
·       1 sudu kecil baking soda
·       1 sudu kecil baking powder
·       1 sudu teh garam
·       2 biji telur gred A
·       1 cawan buttermilk
·       1 cawan kopi / nescafe – bancuh dengan air panas
·       ½ cawan minyak sayuran
·       2 sudu teh ekstrak vanilla
Cara-cara:
·       Panaskan ketuhar dengan suhu 180’C.
·       Gris dua loyang 9 inci dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak dan gris lagi. Kemudian ketepikan.
·       Dalam mangkuk adunan, satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder. Putar sebentar dengan mixer pada kelajuan rendah sehingga sebati.
·       Tambahkan telur, buttermilk, air kopi panas, minyak sayuran dan ekstrak vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama kira-kira dua minit, hingga adunan sebati.
·       Tuangkan adunan sama rata ke dalam loyang yang disediakan.
·       Bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 35 minit untuk loyang bulat, 35 hingga 40 minit untuk loyang segi empat tepat atau sehingga diuji dengan menggunak lidi sate.
·       Biarkan kek dalam loyang selama 10 minit, keluarkan dari loyang dan biar kek sejuk sepenuhnya di atas rak dawai.
·       Hias kek dengan chocolate buttercream dan susun coklat Maltreser di atasnya.


Chocolate Buttercream Frosting
Bahan-bahan:
·       250gm mentega – suhu bilik
·       3 cawan gula aising – ayak
·       ½ cawan serbuk koko – ayak
·       2 sudu teh esen vanilla
·       4 sudu besar susu – suhu bilik

Cara-cara:
·       Putar mentega sehingga berkrim selama beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Matikan mixer.
·       Masukkan gula aising dan serbuk koko di dalam adunan mentega dan putar lagi dengan kelajuan rendah hingga gula dan koko sebati dengan adunan mentega.
·       Naikkan mixer pada kelajuan sederhana dan tambah esen vanilla dan susu. Putar selama 3 minit.
·       Jika inginkan adunan pekat sedikit, tambahkan gula aising. Dan jika inginkan adunan sedikit lembut, tambahkan sedikit lagi susu.
·       Biarkan sebentar buttercream dalam peti sejuk, kemudian, bolehlah dihias pada kek.